Travel to Penang

9 Dec 2017 kami bertolak ke Penang dari BK. Kami booking hotel Copthorne Orchid Hotel Penang menggunakan app Agoda.  This hotel is recommended. Tempat yang bersih dengan harga yang berpatutan untuk 4 star hotel. Kami sampai agak lewat memandangkan musim cuti sekolah dengan keadaan jalan yang amat sesak dengan kereta berpusu-pusu ke arah utara. So sampai Penang, tido jer.

Keesokan harinya iaitu 10 Dec 2017 anak-anak dah ready untuk berjalan-jalan di Bandar Georgetown. Tempat pertama kami lawati ialah Toy'S Museum. Tempat ini terletak berhampiran dengan Batu Ferringhi dengan harga tiket yang tak begitu murah. It is not recommended place to visit. Baik pergi Upside Down Museum lagi baik dengan Toy'S yang disusun dan diletakkan dalam plastik, kita tak boleh nak sentuh pun toys tu. Ia adalah bahan collector dari semua jenis benda tak kira lah toys ke beg ke pasu ke dan lain lain lg. Tapi saya tak recommend datang sini sangat memboringkan.


Tempat seterusnya kami ke Upside Down Museum tapi tak boleh masuk sebab manusia tersangat ramai sampai kena menunggu melebihi sejam. Kami dinasihatkan untuk datang esok sahaja, so kami pun ke Trick Art Museum yang terletak di jalan Lebuh Penang, dalam bandar Georgetown. Anak-anak dan adik kawe suka datang kesini sebab boleh bergambar dengan bermacam-macam benda serta binatang. Nampak real sekali. Tempat ni kami recommend kalau tuan puan datang travel kat Penang ni. Harga tiket pun tak mahal sangat.









Kemudian kami ke Padang Kota untuk menikmati Pasembor di tepi pantai sambil menikmati keindahan Pantai. Makan tepi pantai seronok juga dengan angin yang berlalu laju. Malamnya kami makan malam di food court dekat dengan jalan gurney. Food court disini terbahagi kepada 2 bahagian iaitu bahagian muslim dan non muslim food. So jangan tersalah tau. Bahagian yang bukan muslim lagi beaar dan luas berbanding dengan bahagian makanan orang islam yang kecil dan sedikit sedangkan tetamu muslim lebih ramai.



Harap kerajaan Pulau Pinang dapat memperluaskan lagi food court bagi memberi lebih ruangan untuk penjual islam dikawasan tersebut. Lepas dinner balik tido, sambung esok pula.

11 Dec 2017 Anak-anak nak mandi kolam dulu so selepas check out kita lunch dekat bandar Georgetown. Lupa dah nama restoran yang kita makan tetapi sedap. Roti nan dan nasi kandar dia terbaik. Adik saya wien wien berapa kali tamboh sebab sedap katanya. After lunch kitorang ke Upsides Down Museum Penang, dekat jer dengan tempat lunch ni dan dekat jugak dengan Trick Art Museum. Upside down museum ni pun kami recommend untuk datang bawa family. Kat dalam tu tak payah susah2 nak cari orang untuk ambik gambar sebab di setiap tempat jurugambar disediakan.











Lepas ke Upsides Down Museum kami naik ferry untuk ke Zoo Taiping.  Biasa lah musim cuti sekolah ni kena bawa lah anak-anak jalan2 maklum lah baru ni dah hampir 2 minggu aku tinggalkan diorang semata-mata untuk ride ke Kemboja hehehe... Bilas dulu sepukul.



Kali ni kami sewa homestay Raintown Inn di Taping, recommended. Kami booking ikut booking.com dengan harga yang berpatutan dan bilik agak luas dan selesa. Kami dinner Yong Tau Fu di food court belakang bomba bandar Taiping. Siapa yang datang ke Taiping wajib makan Yong Tau Fu Taiping yang tersohor dan sedap. Saya rasa semua gerai kat sini sedap dimakan, sorry bukan gerai ye Yong Tau Fu nya. Semua muslim yang masak. Setelah perut kenyang ingatkan nak ke Night Safari di Zoo Taiping. Tapi staffnya suruh datang siang hari lagi jelas boleh nampak. Untuk datang malam ke Zoo Taiping tidak di recommend sebab.....  Baik lagi ke Night Safari kat gambang ataupun Singapore ada macam2 show. Sini takde show ye untuk night safari.

12 Dec 2017 kami bersiap sedia untuk check out dan ke Zoo Taiping. Setelah habis melawat Zoo, kami pulang ke rumah. Anak no 5 iaitu Neelofa suka sangat tengok binatang. Dia suka belajar tentang binatang. Petang tu kami sampai ke home sweet home kami di BK. Malas doh nok naip...  Ni pun sedang bercuti di Port Dickson pula...  Percutian ke Port Dickson ni rasanya tak perlu tulis kot... Ok bye bye





Cambodian Ride

Ride ke Kemboja dan Ho Chi Minh



24 November 2017 Saya, Abe Li dan Nizam Tegoh memulakan ride ke Cambodia melalui pintu Sungai Golok. Tepat pukul 9.00 pagi kami sampai di border Sg Kolok untuk ke stesyen keretapi di Golok. Malang sekali gerabak keretapi untuk hari tersebut hanya boleh memuatkan sebuah motosikal besar. Jadi kami buat keputusan untuk ride ke Hatyai. Kami sampai di Hatyai pada pukul 5 petang dan terus check in Hotel Plaza.



25 Nov 2017 Sabtu, Kami menaiki keretapi ke Bangkok. Alhamdulillah urusan keretapi bersama big bike kami berjalan lancer tetapi motosikal kami naik train lain, kami naik train lain.. Tu pun mujur sempat, hanya 4 buah sahaja yang dibenarkan untuk masuk gerabak tersebut.

Visit Samitivej Hospital, Bangkok.

26 Nov 2017 Kami sampai di Bandar Bangkok pada pukul 12.00 tengahari. Setiba kami di Bangkok kami dapati motosikal kami sudah terpacak di Stesyen keretapi tersebut sedangkan keretapi kami berlepas dahulu sebelum keretapi yang membawa motosikal kami bertolak. Kami terus ke Buddy Mansion dan Check In di situ. Alhamdulillah hotel ini berdekatan dengan Masjid tepi sungai. Cuma sungai ni berbau busuk sedikit disebabkan oleh pelepasan air kumbahan ke dalam sungai tersebut. Sistem kumbahan yang bagi saya tidak praktikal dan boleh menyebabkan Bandar Bangkok berbau busuk. Diceritakan sungai ini digali dan dikerah menggunakan buruh paksa tawanan perang yang beragama Islam. Oleh sebab itu terdapat banyak penduduk islam sekitar sungai ini. Disini kami bertemu dengan Abang Man ( Belalang Hijau ) otai dalam mengembara bermotosikal.



27 Nov 2017 Kami bermalam semalaman lagi disini sambil menunggu satu group lagi. Alahamdulillah mereka berempat dengan 3 buah motor selamat sampai. Sepatutnya 10 buah motosikal semuanya untuk pengembaraan kali ini tetapi disebabkan oleh masalah tertentu 3 buah moto terpaksa berhenti setakat Hat Yai sahaja.

Masjid sebelah Buddy Mansions Hotel, Bangkok

28 Nov 2017 Kami 7 buah motor iaitu saya, Abe Li futsal, Nizam Tegoh, Abe Man Balalang Hijau, Abe Lan dan pasangannya, Abe Li saudagar ayam dan otai Hat Yai abe Yi, Sabri memulakan perjalanan tepat pukul 8.30 pagi waktu tempatan.


Pukul 1.00 tengahari kami singgah Lunch di Ayah Restaurant, Pak Chong, Nakhon Ratchasima. Kami singgah sekejap di Khao Yai untuk bergambar dan melawat kawasan sekitar botanica Khao Yai. Pukul 8.00 malam kami sampai di Border Chong Chom sebelah Thailand dan O'Smach disebelah Cambodia. Sambil menunggu 2 buah buah lagi group kami yang terlepas, saya, abe li dan Nizam Tegoh bermalam di Mey Mey Hotel, border O'Smach manakal 4 buah lagi bermalam di Chong Chom.






29 Nov 2017 Kami bangun seawal jam 9.00 pagi dan bertolak ke Siam Reap. Singgah Lunch sekejap di Kralanh satu-satunya perkampungan Islam disepanjang jalan ke Siam Reap. Terdapat sebuah Masjid disini yang dikenali dengan nama Masjid Kralanh.


Perkampungan Kralanh

Alhamdulillah kami sampai awal di Seam Reap dan sempat bergambar ditempat-tempat bersejarahnya. Tiket untuk masuk ke Angkor Wat agak mahal iaitu sebanyak USD37.00 tetapi anda boleh melawat kesemua wat area situ.


Tempat beli tiket ke Angkor Wat






Pukul 8.00 malam kami dinner bersama di family restoran di seam reap.

30 Nov 2017 kami bertolak ke Phnom Penh dan bermalam di Boeung Meas Guesthouse bersebelahan dengan Masjid Baru hasil sumbangan UAE di Bandar Phnom Penh. Kami sempat singgah di Tasik Tonle Sap pada jam 12.00 tengahari. Sebelah petang kami dinner di The Gulai yang terletak dibandar Phnom Penh dan disebelah malam kami dijemput oleh owner The Gulai, Mr Allon Mor untuk ke Harley Davidson Phnom Penh yang terletak berhadapan dengan airport Phnom Penh dan selepas itu ke Hard Rock CafĂ©.


Tonle Sap


1 Dec 2017 Kami 5 buah bertolak ke Ho Chi Minh city. Abang Li dan abe Yi tak ikut ride ke Ho Chi Minh disebabkan dah banyak kali sampai ke sana. Kami sampai di border Vietnam jam 5.00 petang. Motorsikal kami park di hotel dekat border dan bersiap sedia untuk menaiki bas ke Ho Chi Min. Hanya saya dan abe Li sahaja pergi ke ho Chi Min manakala abe man, abe je dan abe lan bermalam di border Cambodia Vietnam iaitu di Bavet sebelah Cambodia dan Moc Bai disebelah Vietnam.

Masjid baru di Phnom Penh




9.00 malam kami sampai di Ho Chi Minh city, bandar yang berpenduduk sangat padat dan terlalu sibuk serta dipenuhi dengan jutaan motosikal. Kami bermalam di An Tam Hotel berdekatan dengan Ben Thanh market. Disini kebanyakkan penjual boleh berbahasa melayu dan mengguna pakai note Ringgit Malaysia. Abe Li sangat teruja dan suka dapat membeli belah dengan Ringgit Malaysia kerana kami tak sempat untuk menukar matawang tadi. Kebanyakkan kedai disini tutup agak lewat, jadi anda sempat untuk mebeli belah disepanjang jalan (night market) disini.


Night Market dekat Ben Thanh

2 Dec 2017 Keesokkan paginya kami sempat lagi membeli belah di Ben Thanh Market. Jam 11.30 pagi kami bertolak dari Ho Chi Min city ke Moc Bai untuk mengambil motosikal kami. Setelah urusan di border selesai, kami meneruskan perjalan ke Phnom Penh, kerana sampai agak lewat kami membuat keputusan untuk bermalam di Phnom Penh iaitu di Golden Gate Hotel.



3 Dec 2017 tepat jam 7.30 pagi kami bertolah dari Hotel untuk ke border poipet. Setelah selesai urusan di border Poipet, kami teruskan perjalanan untuk ke Cha Am dan bermalam di Cha Am. Perjalan kami kali ini agak jauh dan lama iaitu selama 16 jam. 11.30 malam kami dah tak larat untuk meneruskan perjalanan, jadi kami bermalam chalet belakang ptt sebelah Swiss Sheep Farm, Cha Am.

4 Dec 2017 bertolak ke Hatyai, singgah sekejap untuk berjumpa abe Li GS dan Abe Yi SYM400 di Chumphon. Jam 6.30 petang kami sampai di Hat Yai dan bermalam di Kiss Hotel.


5 Dec 2017 Setelah checkout jam 12.00 tengahari kami bertolak balik, saya dan Abe Li mts keluar ikut border bukit kayu hitam manakal abe li GS dan abe Yi keluar ikut Takbai. Naik feri nampaknya.... Alhamdulillah saya sampai di rumah di area Petaling jam 7.30 malam. Sekian, tulisan saya yang tak seberapa disebabkan terlalu penat... hehe